Friday, July 10, 2009
Julai..
Sesuatu yg menarik berlaku bulan ni.Aku berkesempatan bermesra dgn anak-anak tiriku buat pertama kalinya. Bukan mudah menggalas tugas ni. 7 org anak-anak berada di depan mataku, mempunyai latar belakang yg berbeza... ibu yg berlainan, ayah yg berlainan, kehidupan yg berlainan, suku kaum yg berlainan tp bersatu dlm 1 agama dan 1 keluarga kerana Allah..Satu perasaan yg amat indah bila anak-anak tiri berjaya memanggil aku 'MAK'. Sebenarnya, aku nak buang istilah mak tiri tu. Persepsi org pada mak tiri ni biasanya, mak tiri jahat. Dari hari pertama pernikahan dgn suami, aku telah bgtau, tiada istilah bapa tiri dan mak tiri. Kedudukan mereka ini sama dgn mak bapa kandung. Aku bukan bermaksud menggantikan mak kandung mereka, tp aku tak suka diskriminasi tentang mak tiri. Aku sudah mengharungi dunia mak tiri yg 'ditirikan'. Aku jadikan mak sendiri sbg contoh. Isteri pertama ayah meninggal selepas bersalin anak ke-3. Anak2 ayah di jaga bekas mak mertua. Beberapa tahun kemudian, ayah nikah dgn mak. Tp, sayang, bekas mak mertua ayah tak nak bagi hak jagaan anak2 kat ayah, ayah tetap bg nafkah. Dan, sayangnya juga kerana anak2 tersebut tidak dididik utk panggil mak MAK. Melekat sampai skg panggil MAKCIK.. Dan yg paling aku sedih, kami dari keluarga yg baru tak pernah merasa berkumpul bersama-sama di malam raya. Aku jadikan itu satu pengajaran. Makanya, aku bertekad utk keluargaku sendiri, aku ingin anak-anakku semua bersatu. Memangnya sekarang KakIzah masih tak menerimaku, sampai bila-bila pun, aku tak kisah krn selama aku, Allah masih panjangkan jodoh dgn suami, aku akan terus berusaha mengeratkan silaturrahim. INSYALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam perkenalan.
ReplyDeletesemoga kak puteri berjaya mengeratkan silaturrahim..
Salam Laila. Insyallah. Amanah Allah utk akak.
ReplyDelete