Friday, July 24, 2009

Abah...Dlm kenangan...

Hari ni Azim pula kena demam. Tak susah jaga dia. Dia tau bila masa nak mkn ubat. Aku pula, agak pening kepala sikit. Projek buku aku dah terbengkalai. Aku ni takde bakat nak menulis. Aku lebih suka buat 'talk'. Jumpa kekawan baru, itu la modalku. Tak guna pun ilmu yg aku belajar kalau tak share dgn org lain. Aku nak tolong org kerana Allah. Ilmu apa? Ilmu nak layan suami....ilmu jaga badan lepas bersalin....ilmu memasak(kekawan kata air tanggan aku selalu menjadi) aku rasa aku tak la terer masak. Org nak belajar, aku ajarkanlah.

Sahabat-sahabatku...

Dari minggu lepas lagi, aku kena serangan 'rajin memasak'. Sebab apa ye...OOO sebab aku dok puasa Isnin sampai Khamis, dah 2minggu berturut. 2-3ari ni cuti pula, uzur. Insyallah lepas ni sambung lagi. Niatnya, nak sambung terus ke bulan Ramadhan. Aku tertarik puasa-puasa sunat ni selepas berguru kejap dgn arwah bapa mertua sewaktu aku kerap menjaga dia sakit kat hospital tahun lepas. Alhamdulillah,ada juga ilmu Islam yg masuk dlm diriku. Nak cerita sikit tentang arwah bapa mertua....
Kali pertama bertemu, sewaktu suami membawa aku balik kpg dia utk minta izin kat mak dan abah. Aku dah agak, mesti abah tak suka coz aku ni jahil Islam. Keluarga suami agak warak. Terasa la sikit. Selepas nikah, setiap kali berpeluang balik kpg, aku cuba selami hati abah. Cabaran bagiku. Lagi pun aku agak rapat dgn ayahku. Aku nak berborak dgn abah spt mana aku borak dgn ayah. Aku selalu kena 'break the ice'. Arwah abah memang agak pendiam dan kurang bercakap. Hinggalah 1 hari, Allah beri ujian kepada abah, abah kena kencing manis. Jejari kaki kanan abah terpaksa dipotong. Insiden ini benar-benar membawa seribu hikmah. Aku selalu mengikut suami melawat abah di hospital. Di hospitallah saudara mara yg belum aku kenal, diperkenalkan. Aku tahu, pernikahan kami tiada walimatu urus.Tidak di war-warkan utk menjaga hati isteri pertama. Dgn pengetahuan dan kemahiran yg ada, aku ditugaskan menjaga dan mecuci luka abah. Tanpa rasa geli atau jijik. Semua ku lakukan krn Allah. Ada juga saudara abah tanya, aku ni nurse ke...Dari Bt.Pahat, hingga ke K.L, aku masih menjaga abah. Ada perubahan berlaku, abah yg pendiam, yg jarang senyum, tetiba pandai bergurau...Anak-anak abah pula risau. Abah agak degil makan ubat, dgn aku, abah tak boleh tipu. Masa menjaga abah di GHKL, aku tgh sarat mengandung. Turun naik bas, lrt dan teksi sudah menjadi rutin harianku. Izz ku tinggalkan kat nurseri. Pernah berlaku pendarah, alhamdulillah takde apa-apa. Aku ingat lagi, abah paling suka aku masakkan dia bubur nasi, sup ikan haruan dan peria katak tumis. Kata abah, sup ikan haruan yg aku masak tak hanyir. Itu lah peluang Allah berikan utk kami saling mengenali. Abah minta maaf krn susahkan aku. Aku jawab " Abah, abahkan sama dgn ayah kandung Lin. Lin kan kahwin dgn anak abah, jd abah pun abah Lin juga. Tak pun, abah anggaplah Lin buat amal jariah, semuanya krn Allah." Dari Mac 2008 abah mula sakit. Sebelum bulan puasa, abah dibenarkan keluar hospital. Abah balik kpg. Aku pula menunggu hari nak bersalin. 31 Ogos, Puteri Nafisatul pun lahir. Buat pertama kali selepas 2 tahun berturut-turut raya sendirian di K.L, suami ajak kami balik raya kat rumah abah. Rupa-rupanya, ini adalah raya pertama dan terakhir ku dgn abah. Pagi raya, kami bersalam mohon ampun. Aku terkejut abah memelukku dan menangis sambil berbisik kepadaku. Dadaku jadi sebak sangat. Terasa kali terakhir sewaktu aku beraya dgn keluarga di kpg, mak dan ayah menangis memelukku. Sayangnya raya ke-2 aku terpaksa balik K.L sendiri dgn anak-anak.Ada peristiwa sedih berlaku mlm tersebut. Sewaktu nak balik tu pun, mak, abah, adik & kakak ipar menangis. Syawal ke 9(kalau tak silap), abah masuk hospital lagi. Aku dan anak-anak dijadual balik Swk bulan Nov, cuti sekolah. Aku masih terasa abah menggeggam tanganku ketika keluar dari icu. Minggu aku nak balik Swk, aku dtg melawat abah lagi, aku selalu minta abah kuat dan bertahan, tunggu hingga aku balik. Aku nak temukan abah dgn ayah. Allah lebih sayangkan abah. Sehari sebelum raya haji 2008, abah 'pergi'. Aku tidak terkilan walaupun tak dpt melihat jenazah abah. Aku dah rasa nikmat menjaga abah. Semoga roh abah ditempatkan bersama-sama org-org yg beriman. Amin. Selama 9 bulan menanggung sakit, byk yg aku pelajari dari arwah abah. Semakin menginsafi diriku. Dan tahun yg sama bulan Ramadhan, Jumaat minggu pertama puasa, aku kehilangan makcik yg amat penyayang. Dah 3 hari berturut-turut aku bermimpi bertemu allahyarhamah.Semoga Allah menempatkan semua org yg aku sayangi dan menyayangi diriku bersama org-org yg beriman. Amin...

Sunday, July 19, 2009

Minggu ni, semua anak2 demam. Penat sikit je jaga mereka coz asyik terjaga tengah malam. Nasib baik la aku ni jenis yg boleh 'recajable'. Bila aku rasa macam nak 'flat' je, suami la kena tolong 'caj' aku balik. Pas tu, jadi lipas kudung la jawabnya. Itu uniknya diri ku yg suami rasa agak pelik...Entak la, aku sendiri pun tak tau kenapa boleh jadi camtu. Semoga Allah tidak membiarkan aku sakit terlantar hingga perlu org lain suapkan. So far, Alhamdulillah, walaupun ujian banyak yg Allah dah berikan, aku masih mampu berdiri. Setiap kali sakit, aku pasti akan memberi tahu diriku utk bersyukur dgn nikmat sakit yg Allah beri. Allah tak kan menguji diriku andai aku tidak mampu utk menerimanya. Aku ni agak jahil dlm soal agama, tp aku pernah terdengar Dr. Fatma El-Zahra kata, Allah sayang kat kita, kerana itu DIA bagi kita nikmat sakit.

Friday, July 10, 2009

Julai..

Sesuatu yg menarik berlaku bulan ni.Aku berkesempatan bermesra dgn anak-anak tiriku buat pertama kalinya. Bukan mudah menggalas tugas ni. 7 org anak-anak berada di depan mataku, mempunyai latar belakang yg berbeza... ibu yg berlainan, ayah yg berlainan, kehidupan yg berlainan, suku kaum yg berlainan tp bersatu dlm 1 agama dan 1 keluarga kerana Allah..Satu perasaan yg amat indah bila anak-anak tiri berjaya memanggil aku 'MAK'. Sebenarnya, aku nak buang istilah mak tiri tu. Persepsi org pada mak tiri ni biasanya, mak tiri jahat. Dari hari pertama pernikahan dgn suami, aku telah bgtau, tiada istilah bapa tiri dan mak tiri. Kedudukan mereka ini sama dgn mak bapa kandung. Aku bukan bermaksud menggantikan mak kandung mereka, tp aku tak suka diskriminasi tentang mak tiri. Aku sudah mengharungi dunia mak tiri yg 'ditirikan'. Aku jadikan mak sendiri sbg contoh. Isteri pertama ayah meninggal selepas bersalin anak ke-3. Anak2 ayah di jaga bekas mak mertua. Beberapa tahun kemudian, ayah nikah dgn mak. Tp, sayang, bekas mak mertua ayah tak nak bagi hak jagaan anak2 kat ayah, ayah tetap bg nafkah. Dan, sayangnya juga kerana anak2 tersebut tidak dididik utk panggil mak MAK. Melekat sampai skg panggil MAKCIK.. Dan yg paling aku sedih, kami dari keluarga yg baru tak pernah merasa berkumpul bersama-sama di malam raya. Aku jadikan itu satu pengajaran. Makanya, aku bertekad utk keluargaku sendiri, aku ingin anak-anakku semua bersatu. Memangnya sekarang KakIzah masih tak menerimaku, sampai bila-bila pun, aku tak kisah krn selama aku, Allah masih panjangkan jodoh dgn suami, aku akan terus berusaha mengeratkan silaturrahim. INSYALLAH.

Birthday Month

Agak lama dah tak up date blog ni. Bulan Jun adalah bulan harilahir dalam keluargaku. Bermula 1 Jun, bersamaan Hari Gawai Dayak(krn aku lahir dlm 2 budaya, ibuku Iban, mualaf), adalah harilahir Kak Longku(Fatimah), 8 Jun, hari lahir bayi ICSI ku pula iaitu Nur Izz Ataullah, 19 Jun Kak Ngahku(Halimah) berkongsi tarikh yg sama dgn anak bujang kaklong iaitu Mohd. Fikri, 21Jun kakakku@ maduku Siti Hanizah, 26 Jun, kakak iparku & anaknya Mimi, 28Jun My B'day la & ulangtahun p'kahwinan kak Izah dan penutupnya 29Jun, my uncle, Robin. WoW!! Kalau kumpul serentak, dpt 1 kek besar, jimat gak. Semenjak nikah dgn suami, aku tak pernah sambut b'day bersama walaupun kalau hari tersebut giliranku. Aku lebih suka mengalah. Biarlah dia gembirakan hati kakIzah. Tp, tahun ni, kebetulan mak mertua duduk dgn aku 1mgu, dan suami minta temankan hantar mak mertua balik kpg sabtu mlm coz kakIzah & anak2 tak dpt temankan, maka sempat la spend 1 hari bersama, di Batu Pahat. No B'day kek. Tak kisah la. Takde b'day kek or apa-apa majlis, dpt bersama suami 24jam 1 hari tu pun dah kira 'big gift'. Thank you so much sayang. Kita melangkah kebelakang sikit lg. Utk Izz pula tahun ni, pun tak buat apa-apa. Kebetulan minggu tu, aku & suami bawa anak-anak cuti sambil teman dia kerja ke utara. Kalau tak silap, Izz dpt cream caramel je. Takpe la sayang. Yg penting, mak dah tunaikan hajat utk semua, buat tahlil utk keluarga yg telah tiada & doa selamat utk keluarga semua minggu lepas.

Wednesday, July 1, 2009

Aku...

Ya Allah...Syukur padaMu membenarkan aku utk bernafas lg di bumiMu ini. 32thn sudah aku hidup di dunia ini... amat banyak dugaan dan ujian yg telah Allah berikan. Alhamdulillah, walaupun berat, masih jua aku bertahan.Ada beberapa fasa hidup yg telah aku lalui. Segala pahit manis harus ku telan...Sesekali bermuhasabah diri, terasa kerdil dan hinanya aku sbg hambaMu....Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku, kuatkan imanku, tunjuki aku jln lurusMu....Segala g baik itu dtg dariMu sedangkan g buruk itu adalah kelemahanku....Aku rindu padaMu...