Friday, July 24, 2009

Abah...Dlm kenangan...

Hari ni Azim pula kena demam. Tak susah jaga dia. Dia tau bila masa nak mkn ubat. Aku pula, agak pening kepala sikit. Projek buku aku dah terbengkalai. Aku ni takde bakat nak menulis. Aku lebih suka buat 'talk'. Jumpa kekawan baru, itu la modalku. Tak guna pun ilmu yg aku belajar kalau tak share dgn org lain. Aku nak tolong org kerana Allah. Ilmu apa? Ilmu nak layan suami....ilmu jaga badan lepas bersalin....ilmu memasak(kekawan kata air tanggan aku selalu menjadi) aku rasa aku tak la terer masak. Org nak belajar, aku ajarkanlah.

Sahabat-sahabatku...

Dari minggu lepas lagi, aku kena serangan 'rajin memasak'. Sebab apa ye...OOO sebab aku dok puasa Isnin sampai Khamis, dah 2minggu berturut. 2-3ari ni cuti pula, uzur. Insyallah lepas ni sambung lagi. Niatnya, nak sambung terus ke bulan Ramadhan. Aku tertarik puasa-puasa sunat ni selepas berguru kejap dgn arwah bapa mertua sewaktu aku kerap menjaga dia sakit kat hospital tahun lepas. Alhamdulillah,ada juga ilmu Islam yg masuk dlm diriku. Nak cerita sikit tentang arwah bapa mertua....
Kali pertama bertemu, sewaktu suami membawa aku balik kpg dia utk minta izin kat mak dan abah. Aku dah agak, mesti abah tak suka coz aku ni jahil Islam. Keluarga suami agak warak. Terasa la sikit. Selepas nikah, setiap kali berpeluang balik kpg, aku cuba selami hati abah. Cabaran bagiku. Lagi pun aku agak rapat dgn ayahku. Aku nak berborak dgn abah spt mana aku borak dgn ayah. Aku selalu kena 'break the ice'. Arwah abah memang agak pendiam dan kurang bercakap. Hinggalah 1 hari, Allah beri ujian kepada abah, abah kena kencing manis. Jejari kaki kanan abah terpaksa dipotong. Insiden ini benar-benar membawa seribu hikmah. Aku selalu mengikut suami melawat abah di hospital. Di hospitallah saudara mara yg belum aku kenal, diperkenalkan. Aku tahu, pernikahan kami tiada walimatu urus.Tidak di war-warkan utk menjaga hati isteri pertama. Dgn pengetahuan dan kemahiran yg ada, aku ditugaskan menjaga dan mecuci luka abah. Tanpa rasa geli atau jijik. Semua ku lakukan krn Allah. Ada juga saudara abah tanya, aku ni nurse ke...Dari Bt.Pahat, hingga ke K.L, aku masih menjaga abah. Ada perubahan berlaku, abah yg pendiam, yg jarang senyum, tetiba pandai bergurau...Anak-anak abah pula risau. Abah agak degil makan ubat, dgn aku, abah tak boleh tipu. Masa menjaga abah di GHKL, aku tgh sarat mengandung. Turun naik bas, lrt dan teksi sudah menjadi rutin harianku. Izz ku tinggalkan kat nurseri. Pernah berlaku pendarah, alhamdulillah takde apa-apa. Aku ingat lagi, abah paling suka aku masakkan dia bubur nasi, sup ikan haruan dan peria katak tumis. Kata abah, sup ikan haruan yg aku masak tak hanyir. Itu lah peluang Allah berikan utk kami saling mengenali. Abah minta maaf krn susahkan aku. Aku jawab " Abah, abahkan sama dgn ayah kandung Lin. Lin kan kahwin dgn anak abah, jd abah pun abah Lin juga. Tak pun, abah anggaplah Lin buat amal jariah, semuanya krn Allah." Dari Mac 2008 abah mula sakit. Sebelum bulan puasa, abah dibenarkan keluar hospital. Abah balik kpg. Aku pula menunggu hari nak bersalin. 31 Ogos, Puteri Nafisatul pun lahir. Buat pertama kali selepas 2 tahun berturut-turut raya sendirian di K.L, suami ajak kami balik raya kat rumah abah. Rupa-rupanya, ini adalah raya pertama dan terakhir ku dgn abah. Pagi raya, kami bersalam mohon ampun. Aku terkejut abah memelukku dan menangis sambil berbisik kepadaku. Dadaku jadi sebak sangat. Terasa kali terakhir sewaktu aku beraya dgn keluarga di kpg, mak dan ayah menangis memelukku. Sayangnya raya ke-2 aku terpaksa balik K.L sendiri dgn anak-anak.Ada peristiwa sedih berlaku mlm tersebut. Sewaktu nak balik tu pun, mak, abah, adik & kakak ipar menangis. Syawal ke 9(kalau tak silap), abah masuk hospital lagi. Aku dan anak-anak dijadual balik Swk bulan Nov, cuti sekolah. Aku masih terasa abah menggeggam tanganku ketika keluar dari icu. Minggu aku nak balik Swk, aku dtg melawat abah lagi, aku selalu minta abah kuat dan bertahan, tunggu hingga aku balik. Aku nak temukan abah dgn ayah. Allah lebih sayangkan abah. Sehari sebelum raya haji 2008, abah 'pergi'. Aku tidak terkilan walaupun tak dpt melihat jenazah abah. Aku dah rasa nikmat menjaga abah. Semoga roh abah ditempatkan bersama-sama org-org yg beriman. Amin. Selama 9 bulan menanggung sakit, byk yg aku pelajari dari arwah abah. Semakin menginsafi diriku. Dan tahun yg sama bulan Ramadhan, Jumaat minggu pertama puasa, aku kehilangan makcik yg amat penyayang. Dah 3 hari berturut-turut aku bermimpi bertemu allahyarhamah.Semoga Allah menempatkan semua org yg aku sayangi dan menyayangi diriku bersama org-org yg beriman. Amin...

No comments:

Post a Comment