Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Lahir Puteri Nafisatul Ilmi.







31 Ogos 2008 jam 3.15am, lahirlah seorang puteri di Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang, berat 3kg. Anak ke-4 tetapi puteri pertama dalam adik beradik. Di namakan PUTERI krn suami suka sangat senetron Putri Yg Terbuang, dan NAFISATUL ILMI sempena nama Ummu Nafisah.... Pengalaman kelahirannya, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Due sepatutnya 28 Sept. tp, suami nak sangat ada anak merdeka. Ceritanya, aku punya pengalaman 3 org anak yg lain, semuanya lahir 3mggu awal dari tarikh jangkaan dokter, jadi 30hb tu, aku saje je dtg utk check servik dah buka or belum, Alhamdulillah dah buka 1cm. Hu...ha..hu...ha... pukul 3am betul-betul dah ready utk push. Part ni yg best... eeemmmm... tarikh nafas panjang.... big push... haaa... baby keluar terus... Suami diberi 'penghargaan' utk memotong 'reben'(tali pusat) baby....Aku??? dah penat... Tidur terus....






Memandangkan tahun ni merdeka di sambut dalam bulan Ramadhan, kami adakan doa selamat dan berbuka puasa sekali utk Puteri di Madrasah Nurul ILmi seksyen 9 Shah Alam, tempat anak sulungku Azizi belajar. 3 hari sebelum tu, Puteri baru tumbuh gigi pertama dan ke-2 serentak. Dan agak kurang menggembirakan, Puteri terkena chicken-pox di hari lahirnya.... Kecian Puteri.






Utk Puteri tercinta, semoga menjadi anak yg solehah dan beriman. Membesarlah menjadi muslimah sejati....amin...

Monday, August 17, 2009

Beberapa bulan ini, dunia heboh dengan H1N1. Mulanya, aku tak risau sangat kerana sibuk melayan anak-anak yg diserang demam campak. Lepas Azizi, Azim. Lepas Azim, turn Izz pula. Azizi & Azim jenis cacar air. Izz agak teruk, chicken pox. Madrasah tempat Azizi belajar terpaksa cuti hampir 2minggu krn ramai pelajar yg kena demam. Hingga hujung minggu semalam, Azim pula kena demam panas. Doktor bagi mc 3hari. Jumaat lepas, suami ajak balik kpg Bt. Pahat ziarah mak mertua. Jumaat mlm, suami dpt sms mengatakan kawan sekerja dia meninggal krn H1N1. Mendiang Cheng berumur dlm 50an. Suami kenal sejak 10thn yg lepas. Aku pula kenal dia 5thn lepas. Mendiang mengadu sesak nafas sewaktu berada di pelantar minyak di luar pantai Terengganu pada hari rabu petang(kalau tak silap). Terus di bawa ke darat. Admit icu Kemaman sebelum dipindahkan ke Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan. Mengalami jangkitan hati dan peparu berair. Positif H1N1. Meninggal 2hari kemudian. Mayat dikebumikan di Sibu Sarawak pada hari Ahad seterusnya.

Sunday, August 9, 2009

Honeymoon..

31 Julai lalu, suami ajak aku bercuti berdua ke Bandung. Tapi, 4 hari sebelum tu dia ke Chieng Mai. So, 31 tu, kami berjumpa kat LCCT je la utk trip berikutnya. Sebelum pergi ke sana, aku sengaja tidak mencari maklumat menarik tentang Bandung. Dengar kekawan je bercerita mengatakan Bandung syurga membeli belah. Penerbangan kami pada 31hb bertolak jam 8.15pm, mengambil masa 2 jam 15min. Waktu Indonesia lewat 1jam daripada waktu Malaysia. Mlm pertama, tiada aktiviti, memandangkan suami masih keletihan sekembali dari Chieng Mai. Apa lagi, tidur je la jawabnya. Tp, kami sempat baca sikit maklumat yg tersedia di bilik hotel tempat kami menginap, iaitu Hotel Grand Seriti.

1 Ogos....Kami mulakan langkah ke Rumah Mode. Itu yg terdekat sekali, jalan kaki je....Wow!!!! sungguh benar Bandung syurga kaki shopping... Banyak sangat kedai Factory Outlet nya...Suami kata, dia lebihkan budget utk aku dulu. Terima kasih papa. Sempat la sambar 3 helai baju yg semestinya citarasa suamiku. Untungnya kerana suami lebih pandai memilih. Aku memang suka ikut citarasa dia coz aku tak suka kalau aku yg pilih dan dia tak suka aku pakai, takde maknanya aku nak beli. Buat gaduh je nanti. Tak terasa, dalam menjengah dari satu kedai ke satu kedai lain, hari dah petang. Kami lunch area2 tu je. Aku paling suka jus strawberinya...sedap.. Kami balik ke hotel dlm jam 3pm. Solat zohor, asar. Lepak kat bilik sampai Isyak. Sempat la aku berendam sejam dlm tab mandi dgn air suam. Kaki lenguh. Hilang sikit sakit badan. Malamnya, kami dinner kat 1 tempat yg agak romantik[aku lupa nama tempat tu], kat atas bukit, suhu pula agak nyaman dan dingin. Suami orderkan aku rib bones steak[p/s lain kali g Bandung jangan makan steak], dia order sup ekor goreng. Sedap sangat, tak pernah jumpa kat Malaysia. Steak aku pula, suami tak suka, ada rasa rempah sate...lucu...Lepas dinner, kami jenguk sekejap ke Fame Station. Saje nak alami pengalaman malam di Bandung.... Layan band Indon. Apa yg aku nampak, masa live band main, bebudak layan macam kita g tengok mini konsert. Ye la, bandboys nyanyi lagu mereka sendiri siap ada album lagi. Patut la Indonesia mampu melahirkan artis2 yg berkualiti dr segi lagu, lirik dan muziknya. Dlm jam 1.30am, kami balik hotel.

2 Ogos.....Ke Bandung tak sah sekiranya tak menjejakkan kaki ke Pasar Baru.... Rambang mata melihat, pening kepala nak buat pilihan. Di sini, kami memborong kain batik. Sebenarnya, kami tak tau nak beli apa. Dpt jubah 1[tu pun puas aku pujuk suami tolong belikan], handbeg 4 (1 utk kawan yg kirim duit beli), kain lace dan telekung. Sebenarnya suami tak enjoy sangat shopping kat pasar tu. Jenguk punya jenguk, tak terasa dah jam 2pm. Kami balik hotel kejap hantar barang dan solat Zohor. Sambung lagi jalan ke Dago. Penat jengah kedai, last2 dpt 1 t-shirt utk suami dan 1 wallet je. Kami kena balik hotel jam 6, utk bersiap-siap sebelum keluar dinner dgn teman kenalan di Bandung. Rupa-rupanya, suami tak puas hati nak beli jeans, coz tak jumpa butik Levi's. 8.30pm, driver dtg utk pergi dinner kat Rumah Nenek. Aku tanya la driver tu kat mana butik Levi's, rupa-rupanya, kami pergi salah tempat. Sorry pa, bukan rezeki kita. Kita datang lain kali ye. Lepas dinner, kekawan ajak karaoke. Kami pergi kejap. Tak boleh lama-lama sangat coz kami dah buat temujanji spa hotel jam11.30pm. Layan je. Sampai hotel, kami terus ke spa. Spa ni, suami hadiahkan kat aku sempena kelahiran bayi kami tahun lepas. Kira bayar hutang la. Biasanya aku suka ke spa Mustika Ratu kat Malaysia. Namun, semenjak Puteri lahir, aku masih tak sempat lagi nak pergi. Jadi, memandangkan kali ini kami datang berdua, dapat la aku relax sikit. Siap rawatan agak lewat, hampir jam 2am. Suami dah tunggu aku dalam bilik, siap dah packing barang yg dibeli lagi. Yg selebihnya, aku sambung. Suami tau aku lebih mahir tugas2 pack barang2 ni. Selesai semua dlm jam 4. Kena tidur la, esok kena bangun awal, flight jam10 lebih.So, good nite...

3hb Ogos... awal-awal pagi dah siap. Tak sempat sarapan kat hotel, kwn dah tunggu jam 8.15am utk hantar ke airpot...Dah check in, baru aku teringat yg kami tak beli ole-ole makanan. Aku ambik la 3jenis keropok yg pelik-pelik dan 1 biji kek lapis. Aku tak minat sangat kek lapis Indonesia krn aku dan kakak2ku, suka buat kek lapis Sarawak sendiri. Rasa pun lagi sedap daripada kek lapis Indonesia(selera aku la). Selamat tinggal Bandung. Insyallah kami datang lagi. Tapi lain kali rasanya datang bukan utk shopping, aku nak jelajah keindahan bumi mu pula. Terima kasih kepasa teman-teman di Bandung.... Wah!!!! Rindunye kat anak2. Sampai ke Lcct dlm jam 2.30pm... HOME SWEET HOME!!!! Terima kasih sayang... bawa mama bercuti...Mama tau papa rindukan Angelina...UUUmmmuah... I miss U too...