Monday, August 17, 2009

Beberapa bulan ini, dunia heboh dengan H1N1. Mulanya, aku tak risau sangat kerana sibuk melayan anak-anak yg diserang demam campak. Lepas Azizi, Azim. Lepas Azim, turn Izz pula. Azizi & Azim jenis cacar air. Izz agak teruk, chicken pox. Madrasah tempat Azizi belajar terpaksa cuti hampir 2minggu krn ramai pelajar yg kena demam. Hingga hujung minggu semalam, Azim pula kena demam panas. Doktor bagi mc 3hari. Jumaat lepas, suami ajak balik kpg Bt. Pahat ziarah mak mertua. Jumaat mlm, suami dpt sms mengatakan kawan sekerja dia meninggal krn H1N1. Mendiang Cheng berumur dlm 50an. Suami kenal sejak 10thn yg lepas. Aku pula kenal dia 5thn lepas. Mendiang mengadu sesak nafas sewaktu berada di pelantar minyak di luar pantai Terengganu pada hari rabu petang(kalau tak silap). Terus di bawa ke darat. Admit icu Kemaman sebelum dipindahkan ke Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan. Mengalami jangkitan hati dan peparu berair. Positif H1N1. Meninggal 2hari kemudian. Mayat dikebumikan di Sibu Sarawak pada hari Ahad seterusnya.

No comments:

Post a Comment