Sunday, June 28, 2009

Happy Birthday 2 me...

28 Jun, selamat hari lahir Angelina...dan selamat ulangtahun perkahwinan utk suamiku Nor Azman dan maduku, Siti Hanizah...Semoga kita semua dirahmati Allah selalu....dunia dan akhirat....

Monday, June 22, 2009

Selamat hari jadi yg ke-38..


21 Jun adalah hari lahir Kak Izah. Walaupun kakIzah tak pernah dan utk selama-lamanya tak akan menerima kehadiranku dan anak-anak dalam hidupnya, aku tetap wish kakIzah happy birthday. Semoga Allah panjangkan umurnya dan selamatkan dia dunia akhirat. Amin...Aku redha, biar apa pun yg kakIzah tulis dlm blognya selama ini. Memang bukan mudah utk berkongsi suami.Di mana akan berakhirnya cerita kami ini, biarlah Allah yg tentukan. Suami bukan milik abadi seorang tapi suami adalah amanah yg Allah pinjamkan. Tiada apa yg abadi di dunia ini kecuali Allah...Semoga kebahgiaan ini milik kakIzah selamanya... AMIN....

Thursday, June 18, 2009

Hari ni, aku g imigresen re-new pasport. Papa plan nak g Bandung next month. Entah la... aku tak teruja sangat... Ye la... Dok fikir, anak-anak dah bertambah, makin membesar... banyak keperluan yg nak disediakan, tak lama lagi nak raya. Semuanya pakai duit. Azizi & Azim dah beli tiket balik raya kat Swk. Eemmmm......

Saturday, June 13, 2009

Cuti sekolah

Esok hari terakhir anak-anak cuti sekolah. Isnin ni, dah mula masuk kelas balik. Hujung minggu lepas, kami sekeluarga bercuti ke bahagian utara Malaysia iaitu ke Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Nanti dah dpt download gambar, kita tengok aktivitinya. Malaysia memang mempunyai banyak tempat-tempat yg menarik utk diterokai.