Sunday, October 25, 2009

Assalammualaikum.... Banyak perkara berlaku sejak Ramadhan lalu hingga hari ni... Aku memutuskan utk membiarkan ianya berlalu. Tak muat rasanya kepala nak memikirkan lagi... Aku redha dgn apa jua yg akan terjadi selepas ini..

Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Lahir Puteri Nafisatul Ilmi.







31 Ogos 2008 jam 3.15am, lahirlah seorang puteri di Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang, berat 3kg. Anak ke-4 tetapi puteri pertama dalam adik beradik. Di namakan PUTERI krn suami suka sangat senetron Putri Yg Terbuang, dan NAFISATUL ILMI sempena nama Ummu Nafisah.... Pengalaman kelahirannya, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Due sepatutnya 28 Sept. tp, suami nak sangat ada anak merdeka. Ceritanya, aku punya pengalaman 3 org anak yg lain, semuanya lahir 3mggu awal dari tarikh jangkaan dokter, jadi 30hb tu, aku saje je dtg utk check servik dah buka or belum, Alhamdulillah dah buka 1cm. Hu...ha..hu...ha... pukul 3am betul-betul dah ready utk push. Part ni yg best... eeemmmm... tarikh nafas panjang.... big push... haaa... baby keluar terus... Suami diberi 'penghargaan' utk memotong 'reben'(tali pusat) baby....Aku??? dah penat... Tidur terus....






Memandangkan tahun ni merdeka di sambut dalam bulan Ramadhan, kami adakan doa selamat dan berbuka puasa sekali utk Puteri di Madrasah Nurul ILmi seksyen 9 Shah Alam, tempat anak sulungku Azizi belajar. 3 hari sebelum tu, Puteri baru tumbuh gigi pertama dan ke-2 serentak. Dan agak kurang menggembirakan, Puteri terkena chicken-pox di hari lahirnya.... Kecian Puteri.






Utk Puteri tercinta, semoga menjadi anak yg solehah dan beriman. Membesarlah menjadi muslimah sejati....amin...

Monday, August 17, 2009

Beberapa bulan ini, dunia heboh dengan H1N1. Mulanya, aku tak risau sangat kerana sibuk melayan anak-anak yg diserang demam campak. Lepas Azizi, Azim. Lepas Azim, turn Izz pula. Azizi & Azim jenis cacar air. Izz agak teruk, chicken pox. Madrasah tempat Azizi belajar terpaksa cuti hampir 2minggu krn ramai pelajar yg kena demam. Hingga hujung minggu semalam, Azim pula kena demam panas. Doktor bagi mc 3hari. Jumaat lepas, suami ajak balik kpg Bt. Pahat ziarah mak mertua. Jumaat mlm, suami dpt sms mengatakan kawan sekerja dia meninggal krn H1N1. Mendiang Cheng berumur dlm 50an. Suami kenal sejak 10thn yg lepas. Aku pula kenal dia 5thn lepas. Mendiang mengadu sesak nafas sewaktu berada di pelantar minyak di luar pantai Terengganu pada hari rabu petang(kalau tak silap). Terus di bawa ke darat. Admit icu Kemaman sebelum dipindahkan ke Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan. Mengalami jangkitan hati dan peparu berair. Positif H1N1. Meninggal 2hari kemudian. Mayat dikebumikan di Sibu Sarawak pada hari Ahad seterusnya.

Sunday, August 9, 2009

Honeymoon..

31 Julai lalu, suami ajak aku bercuti berdua ke Bandung. Tapi, 4 hari sebelum tu dia ke Chieng Mai. So, 31 tu, kami berjumpa kat LCCT je la utk trip berikutnya. Sebelum pergi ke sana, aku sengaja tidak mencari maklumat menarik tentang Bandung. Dengar kekawan je bercerita mengatakan Bandung syurga membeli belah. Penerbangan kami pada 31hb bertolak jam 8.15pm, mengambil masa 2 jam 15min. Waktu Indonesia lewat 1jam daripada waktu Malaysia. Mlm pertama, tiada aktiviti, memandangkan suami masih keletihan sekembali dari Chieng Mai. Apa lagi, tidur je la jawabnya. Tp, kami sempat baca sikit maklumat yg tersedia di bilik hotel tempat kami menginap, iaitu Hotel Grand Seriti.

1 Ogos....Kami mulakan langkah ke Rumah Mode. Itu yg terdekat sekali, jalan kaki je....Wow!!!! sungguh benar Bandung syurga kaki shopping... Banyak sangat kedai Factory Outlet nya...Suami kata, dia lebihkan budget utk aku dulu. Terima kasih papa. Sempat la sambar 3 helai baju yg semestinya citarasa suamiku. Untungnya kerana suami lebih pandai memilih. Aku memang suka ikut citarasa dia coz aku tak suka kalau aku yg pilih dan dia tak suka aku pakai, takde maknanya aku nak beli. Buat gaduh je nanti. Tak terasa, dalam menjengah dari satu kedai ke satu kedai lain, hari dah petang. Kami lunch area2 tu je. Aku paling suka jus strawberinya...sedap.. Kami balik ke hotel dlm jam 3pm. Solat zohor, asar. Lepak kat bilik sampai Isyak. Sempat la aku berendam sejam dlm tab mandi dgn air suam. Kaki lenguh. Hilang sikit sakit badan. Malamnya, kami dinner kat 1 tempat yg agak romantik[aku lupa nama tempat tu], kat atas bukit, suhu pula agak nyaman dan dingin. Suami orderkan aku rib bones steak[p/s lain kali g Bandung jangan makan steak], dia order sup ekor goreng. Sedap sangat, tak pernah jumpa kat Malaysia. Steak aku pula, suami tak suka, ada rasa rempah sate...lucu...Lepas dinner, kami jenguk sekejap ke Fame Station. Saje nak alami pengalaman malam di Bandung.... Layan band Indon. Apa yg aku nampak, masa live band main, bebudak layan macam kita g tengok mini konsert. Ye la, bandboys nyanyi lagu mereka sendiri siap ada album lagi. Patut la Indonesia mampu melahirkan artis2 yg berkualiti dr segi lagu, lirik dan muziknya. Dlm jam 1.30am, kami balik hotel.

2 Ogos.....Ke Bandung tak sah sekiranya tak menjejakkan kaki ke Pasar Baru.... Rambang mata melihat, pening kepala nak buat pilihan. Di sini, kami memborong kain batik. Sebenarnya, kami tak tau nak beli apa. Dpt jubah 1[tu pun puas aku pujuk suami tolong belikan], handbeg 4 (1 utk kawan yg kirim duit beli), kain lace dan telekung. Sebenarnya suami tak enjoy sangat shopping kat pasar tu. Jenguk punya jenguk, tak terasa dah jam 2pm. Kami balik hotel kejap hantar barang dan solat Zohor. Sambung lagi jalan ke Dago. Penat jengah kedai, last2 dpt 1 t-shirt utk suami dan 1 wallet je. Kami kena balik hotel jam 6, utk bersiap-siap sebelum keluar dinner dgn teman kenalan di Bandung. Rupa-rupanya, suami tak puas hati nak beli jeans, coz tak jumpa butik Levi's. 8.30pm, driver dtg utk pergi dinner kat Rumah Nenek. Aku tanya la driver tu kat mana butik Levi's, rupa-rupanya, kami pergi salah tempat. Sorry pa, bukan rezeki kita. Kita datang lain kali ye. Lepas dinner, kekawan ajak karaoke. Kami pergi kejap. Tak boleh lama-lama sangat coz kami dah buat temujanji spa hotel jam11.30pm. Layan je. Sampai hotel, kami terus ke spa. Spa ni, suami hadiahkan kat aku sempena kelahiran bayi kami tahun lepas. Kira bayar hutang la. Biasanya aku suka ke spa Mustika Ratu kat Malaysia. Namun, semenjak Puteri lahir, aku masih tak sempat lagi nak pergi. Jadi, memandangkan kali ini kami datang berdua, dapat la aku relax sikit. Siap rawatan agak lewat, hampir jam 2am. Suami dah tunggu aku dalam bilik, siap dah packing barang yg dibeli lagi. Yg selebihnya, aku sambung. Suami tau aku lebih mahir tugas2 pack barang2 ni. Selesai semua dlm jam 4. Kena tidur la, esok kena bangun awal, flight jam10 lebih.So, good nite...

3hb Ogos... awal-awal pagi dah siap. Tak sempat sarapan kat hotel, kwn dah tunggu jam 8.15am utk hantar ke airpot...Dah check in, baru aku teringat yg kami tak beli ole-ole makanan. Aku ambik la 3jenis keropok yg pelik-pelik dan 1 biji kek lapis. Aku tak minat sangat kek lapis Indonesia krn aku dan kakak2ku, suka buat kek lapis Sarawak sendiri. Rasa pun lagi sedap daripada kek lapis Indonesia(selera aku la). Selamat tinggal Bandung. Insyallah kami datang lagi. Tapi lain kali rasanya datang bukan utk shopping, aku nak jelajah keindahan bumi mu pula. Terima kasih kepasa teman-teman di Bandung.... Wah!!!! Rindunye kat anak2. Sampai ke Lcct dlm jam 2.30pm... HOME SWEET HOME!!!! Terima kasih sayang... bawa mama bercuti...Mama tau papa rindukan Angelina...UUUmmmuah... I miss U too...

Friday, July 24, 2009

Abah...Dlm kenangan...

Hari ni Azim pula kena demam. Tak susah jaga dia. Dia tau bila masa nak mkn ubat. Aku pula, agak pening kepala sikit. Projek buku aku dah terbengkalai. Aku ni takde bakat nak menulis. Aku lebih suka buat 'talk'. Jumpa kekawan baru, itu la modalku. Tak guna pun ilmu yg aku belajar kalau tak share dgn org lain. Aku nak tolong org kerana Allah. Ilmu apa? Ilmu nak layan suami....ilmu jaga badan lepas bersalin....ilmu memasak(kekawan kata air tanggan aku selalu menjadi) aku rasa aku tak la terer masak. Org nak belajar, aku ajarkanlah.

Sahabat-sahabatku...

Dari minggu lepas lagi, aku kena serangan 'rajin memasak'. Sebab apa ye...OOO sebab aku dok puasa Isnin sampai Khamis, dah 2minggu berturut. 2-3ari ni cuti pula, uzur. Insyallah lepas ni sambung lagi. Niatnya, nak sambung terus ke bulan Ramadhan. Aku tertarik puasa-puasa sunat ni selepas berguru kejap dgn arwah bapa mertua sewaktu aku kerap menjaga dia sakit kat hospital tahun lepas. Alhamdulillah,ada juga ilmu Islam yg masuk dlm diriku. Nak cerita sikit tentang arwah bapa mertua....
Kali pertama bertemu, sewaktu suami membawa aku balik kpg dia utk minta izin kat mak dan abah. Aku dah agak, mesti abah tak suka coz aku ni jahil Islam. Keluarga suami agak warak. Terasa la sikit. Selepas nikah, setiap kali berpeluang balik kpg, aku cuba selami hati abah. Cabaran bagiku. Lagi pun aku agak rapat dgn ayahku. Aku nak berborak dgn abah spt mana aku borak dgn ayah. Aku selalu kena 'break the ice'. Arwah abah memang agak pendiam dan kurang bercakap. Hinggalah 1 hari, Allah beri ujian kepada abah, abah kena kencing manis. Jejari kaki kanan abah terpaksa dipotong. Insiden ini benar-benar membawa seribu hikmah. Aku selalu mengikut suami melawat abah di hospital. Di hospitallah saudara mara yg belum aku kenal, diperkenalkan. Aku tahu, pernikahan kami tiada walimatu urus.Tidak di war-warkan utk menjaga hati isteri pertama. Dgn pengetahuan dan kemahiran yg ada, aku ditugaskan menjaga dan mecuci luka abah. Tanpa rasa geli atau jijik. Semua ku lakukan krn Allah. Ada juga saudara abah tanya, aku ni nurse ke...Dari Bt.Pahat, hingga ke K.L, aku masih menjaga abah. Ada perubahan berlaku, abah yg pendiam, yg jarang senyum, tetiba pandai bergurau...Anak-anak abah pula risau. Abah agak degil makan ubat, dgn aku, abah tak boleh tipu. Masa menjaga abah di GHKL, aku tgh sarat mengandung. Turun naik bas, lrt dan teksi sudah menjadi rutin harianku. Izz ku tinggalkan kat nurseri. Pernah berlaku pendarah, alhamdulillah takde apa-apa. Aku ingat lagi, abah paling suka aku masakkan dia bubur nasi, sup ikan haruan dan peria katak tumis. Kata abah, sup ikan haruan yg aku masak tak hanyir. Itu lah peluang Allah berikan utk kami saling mengenali. Abah minta maaf krn susahkan aku. Aku jawab " Abah, abahkan sama dgn ayah kandung Lin. Lin kan kahwin dgn anak abah, jd abah pun abah Lin juga. Tak pun, abah anggaplah Lin buat amal jariah, semuanya krn Allah." Dari Mac 2008 abah mula sakit. Sebelum bulan puasa, abah dibenarkan keluar hospital. Abah balik kpg. Aku pula menunggu hari nak bersalin. 31 Ogos, Puteri Nafisatul pun lahir. Buat pertama kali selepas 2 tahun berturut-turut raya sendirian di K.L, suami ajak kami balik raya kat rumah abah. Rupa-rupanya, ini adalah raya pertama dan terakhir ku dgn abah. Pagi raya, kami bersalam mohon ampun. Aku terkejut abah memelukku dan menangis sambil berbisik kepadaku. Dadaku jadi sebak sangat. Terasa kali terakhir sewaktu aku beraya dgn keluarga di kpg, mak dan ayah menangis memelukku. Sayangnya raya ke-2 aku terpaksa balik K.L sendiri dgn anak-anak.Ada peristiwa sedih berlaku mlm tersebut. Sewaktu nak balik tu pun, mak, abah, adik & kakak ipar menangis. Syawal ke 9(kalau tak silap), abah masuk hospital lagi. Aku dan anak-anak dijadual balik Swk bulan Nov, cuti sekolah. Aku masih terasa abah menggeggam tanganku ketika keluar dari icu. Minggu aku nak balik Swk, aku dtg melawat abah lagi, aku selalu minta abah kuat dan bertahan, tunggu hingga aku balik. Aku nak temukan abah dgn ayah. Allah lebih sayangkan abah. Sehari sebelum raya haji 2008, abah 'pergi'. Aku tidak terkilan walaupun tak dpt melihat jenazah abah. Aku dah rasa nikmat menjaga abah. Semoga roh abah ditempatkan bersama-sama org-org yg beriman. Amin. Selama 9 bulan menanggung sakit, byk yg aku pelajari dari arwah abah. Semakin menginsafi diriku. Dan tahun yg sama bulan Ramadhan, Jumaat minggu pertama puasa, aku kehilangan makcik yg amat penyayang. Dah 3 hari berturut-turut aku bermimpi bertemu allahyarhamah.Semoga Allah menempatkan semua org yg aku sayangi dan menyayangi diriku bersama org-org yg beriman. Amin...

Sunday, July 19, 2009

Minggu ni, semua anak2 demam. Penat sikit je jaga mereka coz asyik terjaga tengah malam. Nasib baik la aku ni jenis yg boleh 'recajable'. Bila aku rasa macam nak 'flat' je, suami la kena tolong 'caj' aku balik. Pas tu, jadi lipas kudung la jawabnya. Itu uniknya diri ku yg suami rasa agak pelik...Entak la, aku sendiri pun tak tau kenapa boleh jadi camtu. Semoga Allah tidak membiarkan aku sakit terlantar hingga perlu org lain suapkan. So far, Alhamdulillah, walaupun ujian banyak yg Allah dah berikan, aku masih mampu berdiri. Setiap kali sakit, aku pasti akan memberi tahu diriku utk bersyukur dgn nikmat sakit yg Allah beri. Allah tak kan menguji diriku andai aku tidak mampu utk menerimanya. Aku ni agak jahil dlm soal agama, tp aku pernah terdengar Dr. Fatma El-Zahra kata, Allah sayang kat kita, kerana itu DIA bagi kita nikmat sakit.

Friday, July 10, 2009

Julai..

Sesuatu yg menarik berlaku bulan ni.Aku berkesempatan bermesra dgn anak-anak tiriku buat pertama kalinya. Bukan mudah menggalas tugas ni. 7 org anak-anak berada di depan mataku, mempunyai latar belakang yg berbeza... ibu yg berlainan, ayah yg berlainan, kehidupan yg berlainan, suku kaum yg berlainan tp bersatu dlm 1 agama dan 1 keluarga kerana Allah..Satu perasaan yg amat indah bila anak-anak tiri berjaya memanggil aku 'MAK'. Sebenarnya, aku nak buang istilah mak tiri tu. Persepsi org pada mak tiri ni biasanya, mak tiri jahat. Dari hari pertama pernikahan dgn suami, aku telah bgtau, tiada istilah bapa tiri dan mak tiri. Kedudukan mereka ini sama dgn mak bapa kandung. Aku bukan bermaksud menggantikan mak kandung mereka, tp aku tak suka diskriminasi tentang mak tiri. Aku sudah mengharungi dunia mak tiri yg 'ditirikan'. Aku jadikan mak sendiri sbg contoh. Isteri pertama ayah meninggal selepas bersalin anak ke-3. Anak2 ayah di jaga bekas mak mertua. Beberapa tahun kemudian, ayah nikah dgn mak. Tp, sayang, bekas mak mertua ayah tak nak bagi hak jagaan anak2 kat ayah, ayah tetap bg nafkah. Dan, sayangnya juga kerana anak2 tersebut tidak dididik utk panggil mak MAK. Melekat sampai skg panggil MAKCIK.. Dan yg paling aku sedih, kami dari keluarga yg baru tak pernah merasa berkumpul bersama-sama di malam raya. Aku jadikan itu satu pengajaran. Makanya, aku bertekad utk keluargaku sendiri, aku ingin anak-anakku semua bersatu. Memangnya sekarang KakIzah masih tak menerimaku, sampai bila-bila pun, aku tak kisah krn selama aku, Allah masih panjangkan jodoh dgn suami, aku akan terus berusaha mengeratkan silaturrahim. INSYALLAH.

Birthday Month

Agak lama dah tak up date blog ni. Bulan Jun adalah bulan harilahir dalam keluargaku. Bermula 1 Jun, bersamaan Hari Gawai Dayak(krn aku lahir dlm 2 budaya, ibuku Iban, mualaf), adalah harilahir Kak Longku(Fatimah), 8 Jun, hari lahir bayi ICSI ku pula iaitu Nur Izz Ataullah, 19 Jun Kak Ngahku(Halimah) berkongsi tarikh yg sama dgn anak bujang kaklong iaitu Mohd. Fikri, 21Jun kakakku@ maduku Siti Hanizah, 26 Jun, kakak iparku & anaknya Mimi, 28Jun My B'day la & ulangtahun p'kahwinan kak Izah dan penutupnya 29Jun, my uncle, Robin. WoW!! Kalau kumpul serentak, dpt 1 kek besar, jimat gak. Semenjak nikah dgn suami, aku tak pernah sambut b'day bersama walaupun kalau hari tersebut giliranku. Aku lebih suka mengalah. Biarlah dia gembirakan hati kakIzah. Tp, tahun ni, kebetulan mak mertua duduk dgn aku 1mgu, dan suami minta temankan hantar mak mertua balik kpg sabtu mlm coz kakIzah & anak2 tak dpt temankan, maka sempat la spend 1 hari bersama, di Batu Pahat. No B'day kek. Tak kisah la. Takde b'day kek or apa-apa majlis, dpt bersama suami 24jam 1 hari tu pun dah kira 'big gift'. Thank you so much sayang. Kita melangkah kebelakang sikit lg. Utk Izz pula tahun ni, pun tak buat apa-apa. Kebetulan minggu tu, aku & suami bawa anak-anak cuti sambil teman dia kerja ke utara. Kalau tak silap, Izz dpt cream caramel je. Takpe la sayang. Yg penting, mak dah tunaikan hajat utk semua, buat tahlil utk keluarga yg telah tiada & doa selamat utk keluarga semua minggu lepas.

Wednesday, July 1, 2009

Aku...

Ya Allah...Syukur padaMu membenarkan aku utk bernafas lg di bumiMu ini. 32thn sudah aku hidup di dunia ini... amat banyak dugaan dan ujian yg telah Allah berikan. Alhamdulillah, walaupun berat, masih jua aku bertahan.Ada beberapa fasa hidup yg telah aku lalui. Segala pahit manis harus ku telan...Sesekali bermuhasabah diri, terasa kerdil dan hinanya aku sbg hambaMu....Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku, kuatkan imanku, tunjuki aku jln lurusMu....Segala g baik itu dtg dariMu sedangkan g buruk itu adalah kelemahanku....Aku rindu padaMu...

Sunday, June 28, 2009

Happy Birthday 2 me...

28 Jun, selamat hari lahir Angelina...dan selamat ulangtahun perkahwinan utk suamiku Nor Azman dan maduku, Siti Hanizah...Semoga kita semua dirahmati Allah selalu....dunia dan akhirat....

Monday, June 22, 2009

Selamat hari jadi yg ke-38..


21 Jun adalah hari lahir Kak Izah. Walaupun kakIzah tak pernah dan utk selama-lamanya tak akan menerima kehadiranku dan anak-anak dalam hidupnya, aku tetap wish kakIzah happy birthday. Semoga Allah panjangkan umurnya dan selamatkan dia dunia akhirat. Amin...Aku redha, biar apa pun yg kakIzah tulis dlm blognya selama ini. Memang bukan mudah utk berkongsi suami.Di mana akan berakhirnya cerita kami ini, biarlah Allah yg tentukan. Suami bukan milik abadi seorang tapi suami adalah amanah yg Allah pinjamkan. Tiada apa yg abadi di dunia ini kecuali Allah...Semoga kebahgiaan ini milik kakIzah selamanya... AMIN....

Thursday, June 18, 2009

Hari ni, aku g imigresen re-new pasport. Papa plan nak g Bandung next month. Entah la... aku tak teruja sangat... Ye la... Dok fikir, anak-anak dah bertambah, makin membesar... banyak keperluan yg nak disediakan, tak lama lagi nak raya. Semuanya pakai duit. Azizi & Azim dah beli tiket balik raya kat Swk. Eemmmm......

Saturday, June 13, 2009

Cuti sekolah

Esok hari terakhir anak-anak cuti sekolah. Isnin ni, dah mula masuk kelas balik. Hujung minggu lepas, kami sekeluarga bercuti ke bahagian utara Malaysia iaitu ke Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Nanti dah dpt download gambar, kita tengok aktivitinya. Malaysia memang mempunyai banyak tempat-tempat yg menarik utk diterokai.

Friday, May 29, 2009

Minggu ni, anak-anak mula cuti sekolah. Azizi je belum cuti, mungkin minggu depan. So, mama & papa plan nak bawa anak-anak jelajah Malaysia tahun ni. Aku rasa, nak mula dari belah utara dulu. Maybe, g Kedah, Penang & Perak. Aku masih tak dpt share gambar lagi, pc masih 'sakit'. So, tunggu 1 minggu lagi...mungkin ada cerita baru....

Friday, May 8, 2009

Saje je jenguk blog yg dah lama terbiar. Aku masih tak dpt kongsi gambar terbaru lagi.

Wednesday, April 29, 2009

memo...

Dah beberapa minggu tak up date blog ni, pc 'demam'. Ni pun tak dapat lagi nak share gambar-gambar terbaru. Tunggu la kemudian....

Tuesday, March 31, 2009

Cuti...


Minggu lepas, papa ajak balik kpg mama kat Sarawak. Balik bersama Izz & Puteri sekali. Sempat la berdua saja selama 3mlm di Btu sementara anak2 tinggal di kpg. Ini foto kenangan candle light dinner dgn papa di Everly Hotel.

Saturday, March 21, 2009

Bersama Puteri




Papa tertido dgn Puteri sekali kat rumah adik Azimah. Mama & Puteri tu pula siap-siap nak jln-jln

Wednesday, March 18, 2009

Genting











Beberapa keping lagi gambar sewaktu famili day di Genting.

Monday, March 16, 2009

Genting




famili day


hujung minggu lepas, syarikat papa buat famili day kat Genting. Terpaksa la pergi juga walaupun aku tahu kehadiran aku dan anak-anak pasti tidak disenangi beberapa pihak. Ini antara beberapa keping gambar famili waktu di sana.

Friday, March 6, 2009

papamama



Kenangan mama 7 & papa.

putri & mama


Ni gambar sewaktu majlis pertunangan anak kawan 28 Feb. yg lepas.

Campak.


Puteri kena campak halus. Habis 1 badan sampai muka dia kena. Kesiannya.

Tuesday, March 3, 2009

Sunday, February 22, 2009

Hand on hand




Kecilnya jemari Puteri. Seperti anak-anakku yg lain, jejari ini akan membesar mengikut peredaran masa. Cepatnya waktu berjalan.

HAI LADIES!!


Ini gambar kenangan aku adik beradik. Di rakam tahun 2004 rasanya. Aku rindu saat berkumpul semua spt ini. Entah bila ianya akan terjadi lagi?? Skg, semuanya sibuk dgn dunia masing2. Aku sendiri dah 4thn tak balik raya.

Saturday, February 21, 2009

Anakku


Azizi agak segan dgn kamera. Dia banyak membantu menjaga adik-adiknya yg kecil.

PUTERI & gitar




susah nak tngkap gambar Puteri sedang senyum. Dia memang suka main gitar tu.

'BEDMOOD'




Agak sukar nak tengok Izz duduk diam tengok tv. Tp, bila bangun tido je, dia jd goodboy kejap. Alangkah bagusnya kalau Izz dpt duduk diam mcm ni selalu. Tak la mama pening kepala.

HERO


Saje je papa bergaya dgn baju kot dan jam Rolex barunya.

SLEEPING BEAUTY







Comelnye dia tido. Jejari kecil yg halus. Wajah bersih tanpa dosa. Terima kasih Allah, kurniakan dia padaku..

Tuesday, February 10, 2009

rindu kakngah











Ini kenangan tahun 2005. 4thn sudah berlalu. Bilakah kemesraan ini akan berulang lagi? Aku rindukan semuanya. Walaupun kakngah belum kahwin, tapi kami memang suka posing. Maklumlah, dahulu, aku pernah buka spa & salon sendiri. So, rajin la berexperimen dgn kaler make-up. Rasa puas dpt duit titik peluh sendiri.

Rindukan ayah.




Aku tetiba jadi rindu kat ayah. Umur ayah dah 70 lebih. Aku satu-satunya anak ayah yg berada jauh dari kampung halaman. Inilah kunjungan terbaru ayah ke KL,
menjenguk aku dan cucu-cucunya.

Sunday, February 8, 2009




Khamis lepas pula, kaklong call. Dapat berita dari kampung. Sebagaimana yg semua org tahu, Sarawak menghadapi banjir terburuk tahun ni. Tak terkecuali kpg aku kat Tatau. Kesian kaklong & anak-anak, kena duduk kat dewan. Dan lebih malang, ada pula rumah sedara-mara yg terbakar minggu lepas. sementara itu, jln Tatau-Btu masih terputus. Banjir ni dah sebulan tak surut-surut. Bln 12 thn lepas, sebelum aku balik Kl, air baru naik kat jln depan rumah mak. Ini gambar yg aku sempat tangkap time tu.
Lain kali aku tangkap gambar Puteri & Adam pula. Agak susah nak bagi dia & Puteri duduk sama-sama. Ada saja yg meragam. Comel!

Izz & Yan




Yan ni anak sulung Sue. Ada fakta menarik tentang anak-anak ini ialah, Yan sebaya Izz. Beza bulan je. Izz lahir 8 Jun 2006 & Yan lahir Sept. 2006. Tarikh, aku lupa. Selepas itu, aku & Sue sama-sama bersalin lagi bulan Ogos 2009, cuma beza hari, Sue dpt bb 'ong' 8.8.08 (boy) & aku dpt bb girl merdeka 31.08.08. Takpe Sue, boleh cuba lagi utk dpt bb girl. Memang seronok dpt bb gal. Tak habis-habis nak melaramkan dia seorang. Pantang nampak gaun cantik, mesti nak beli. Tapi, aku awal-awal lg dah bg warning kat papa, NO!Barbie doll. NO! Tindik telinga dan pls!! NO! Pink. Gaun pink yg Puteri pakai tu, kekawan yg bagi.

Plaza MASALAM




Jumaat lepas aku keluar dgn Sue & anak-anak ke Shah Alam. Ingat nak jalan-jalan tapi hujan lebat la pula. Apa lagi, tersadailah kami kat Plaza Masalam sementara menunggu Azizi selesai solat Jumat. takpe la Sue, kita pergi lagi lain kali k.